fbpx

Ligatnya Didie Alias main kasut roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI (kanan) Didie bermain kasut roda mencuri perhatian netizen.

PETALING JAYA – Status nenek kepada dua orang cucu tidak menghalang pelakon senior, Didie Alias untuk aktif bermain kasut roda.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 49, telah mempamerkan kemahirannya bermain kasut roda di kawasan rumah bersama anak bongsunya, Muhammad Dayyan yang kini berusia tujuh tahun.

“Dak-dak (budak-budak) skate beraksi,” tulis Didie.

Dalam video tersebut, pelakon yang dikenali dengan watak Che Salman menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu kelihatan tidak kekok untuk bermain kasut roda dan dilihat meluncur dengan laju.

Bahkan, Didie turut mempamerkan aksi meluncur secara mengundur seperti tarian ‘moon walk’ yang dipopularkan oleh penyanyI, Michael Jackson.

Aksi lincah bekas finalis Dewi Remaja 1990/1991 itu ternyata menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram termasuk dalam kalangan rakan-rakan artis.

“Aduh nak beli juga la (kasut roda),” kata pelakon Lia Natalia.

“Bergabung dengan @cikmanggis mami,” ujar penyanyi Kaka Azraff.

Bahkan, rata-rata peminatnya dalam Instagram sangat terhibur dengan telatah Didie bermain kasut roda walaupun usianya hampir mencecah 50 tahun.

“Aktif betul nenek. Eloklah badan sihat,” kata salah seorang pengikutnya.

Sekadar info, Didie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Ridzuan Hashim pada tahun 1992 tetapi bercerai pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang anak yang berusia antara 28 hingga 22 tahun.

Didie berkahwin kali kedua dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 2009. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI