SETIAP perkara yang dilakukan pasti mengundang perhatian ramai. Itulah harga yang perlu dibayar apabila sudah bergelar seorang selebriti.
Terbaharu, foto yang dimuat naik Azira Shafinaz mencuri tumpuan kerana dikatakan telah ‘menggoda’ pandangan ramai.
Difahamkan, foto-foto tersebut dimuat naik bagi mempromosikan sebuah jenama tas tangan terkenal.
Belek punya belek, rupa-rupanya foto yang dimaksudkan netizen ialah aksinya yang dikatakan tidak sesuai tayangan umum.
Menurut netizen, foto yang memaparkan bahagian belakang Azira itu dilihat kurang sopan, malah ada juga mempersoalkan mengapa gambar tersebut perlu dimuat naiknya.
“Rasanya foto terakhir itu tak perlu kot muat naik,” tegur seorang netizen.
“Ini sengaja nak menunjuk ke apa?” soal seorang lagi pengikut Instagramnya.
Tidak kurang juga, ramai lelaki miang turut meninggalkan komen-komen lucah. Amboi, tulis komen tak pandang kiri-kanan sungguh.
Memang seriau lihat komen mereka. Mungkin pada pandangan Diva, foto ini terlihat biasa tetapi bagi netizen terutama golongan lelaki pula sebaliknya.
Apapun, kawallah jari daripada menulis komen yang bukan-bukan dalam Instagram orang lain. Kalau Azira viralkan, nanti malu pula. Jangan sampai Mamu pula ‘sound’ anda!
DIVA: Hafreez Adam dan Azar Azmi dilihat sudah semakin terbuka untuk berbual tentang hubungan ‘teman tapi mesra’ mereka. Janganlah kenal hati budi lama sangat, kalau sudah sayang, halalkan segera hubungan itu.