fbpx

Lelaki diugut sebar video lucah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh wanita warga asing untuk menyebarkan video aksi lucahnya jika gagal memasukkan wang berjumlah RM3,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa telah membuat laporan polis berkenaan ugutan itu pada pukul 11.03 malam, kelmarin.

“Semakan mendapati pada pukul 9 malam kelmarin, mangsa yang berusia 24 tahun itu telah membuat panggilan video berdurasi kira-kira empat minit bersama seorang wanita warga asing yang dikenalinya dalam satu aplikasi.

“Dalam panggilan video tersebut, mangsa dan wanita itu dalam keadaan tidak berpakaian telah melakukan aksi lucah melibatkan sentuhan alat kelamin sendiri untuk mencapai puncak syahwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kira-kira setengah jam kemudian, mangsa menerima satu pesanan ringkas mengugut mangsa agar memasukkan sejumlah wang yang diminta jika tidak mahu video berkenaan disebarkan.

“Takut dengan ugutan itu, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM500 ke dalam akaun bank tempatan di atas nama seorang lelaki,” ujarnya.

Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika memuat naik sebarang aplikasi telefon bimbit kerana kes penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan segala maklumat peribadi hendaklah disimpan sebaiknya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI