fbpx

Lelaki ditahan jual senapang raifal HK416, M16 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah senapang raifel palsu yang dirampas di Seberang Jaya semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kedai perkakasan yang memiliki sejumlah senjata api raifal dipercayai tiruan ditahan di sebuah stor kedai perkakasan di Seberang Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, selain menahan suspek berusia 25 tahun itu, pihaknya merampas tiga laras senjata api disyaki palsu jenis raifal HK416 dan dua laras raifal M16.

“Siasatan mendapati suspek mengaku membeli beberapa laras raifal HK 416 dan raifal M16 melalui aplikasi e-dagang dan akan menjual kepada sesiapa yang mahu membelinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan suspek membeli replika senapang tersebut menerusi aplikasi e-dagang dan menjualnya semula di media sosial Facebook dan Instagram.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI