fbpx

Labu ‘peneman’ setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari aplikasi TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis jika buah labu diambil daripadanya.

PETALING JAYA – Keletah seorang kanak-kanak yang tidak boleh dipisahkan dengan sebiji labu menghiburkan pengguna media sosial melihat ragamnya yang menangis jika buah itu diambil tular sejak Khamis lalu di aplikasi TikTok.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @mia_miyuii memaparkan anaknya itu seolah tidak dapat dipisahkan dengan buah itu dan sering menjadi ‘teman’ anaknya ke mana sahaja.

Menurut pengguna tersebut, jika labu itu diambil, dia akan menangis terutama sekali pada waktu anaknya mahu tidur dan setelah bangun tidur.

“Kebiasaannya jika buah labu itu diambil ketika dia mahu tidur atau bangun tidur, dia akan menangis. Tetapi, jika dia dalam ‘mood’ yang baik, dia akan ambil semula,” jelasnya.

Rata-rata pengguna di aplikasi TikTok terhibur melihat ragam kanak-kanak lelaki itu yang seperti tidak boleh berpisah dengan buah tersebut.

“Alahai, labu pun labulah. Jimat duit ibu ayah, tak perlu beli mainan,” @farahalim69 berseloroh.

“Jangan diambil labu itu. Nanti pukul 11 malam labu tersebut mahu bertukar kepada kereta kereta kuda, bawa adik jumpa Cinderella,” gurau pengguna @diahmatun.

“Alahai, tak jadi lauklah labu tersebut. Ibunya kena cari patung labu ni,” kata @rasdianarasdiana1 menyakat.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI