fbpx

KKM sedia tangani keperluan katil tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti beberapa langkah bagi menangani keadaan luar jangka kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke hospital KKM di Lembah Klang.

Menterinya, Datuk Seri Adham Baba berkata, mengambil kira isu keperluan katil tambahan khususnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) pihak KKM telah berbincang dan menyediakan beberapa langkah alternatif bagi menangani perkara ini.

“Antaranya, memperluaskan lagi sumber luar dengan meletakkan pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta, meningkatkan kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan yang diperlukan di hospital.

“Langkah seterusnya, memberi penugasan semula secara sementara kepada petugas kesihatan dari negeri tertentu yang memerlukan petugas kesihatan tambahan dan akhir sekali, mengoptimumkan sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir dari Institut Latihan KKM bagi membantu petugas kesihatan seperti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adham, kerajaan akan menggandakan lagi jumlah pemberian suntikan vaksin kepada rakyat dengan penambahan daripada 250,000 kepada 300,000 suntikan sehari.

“Usaha ini boleh dijayakan menerusi perolehan vaksin tambahan dan pembukaan lebih banyak PPV di seluruh negara termasuk PPV Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI