fbpx

Keluarga bimbang kepala bayi makin membesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Azhar menjaga anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Ular, Kulim baru-baru ini.

KULIM – Sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Ular di sini bimbang apabila saiz kepala bayi mereka semakin membesar akibat menderita penyakit Holoprosencephaly sejak lahir.

Mohammad Azhar Arzemi, 29, dan isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd. Zaidi, 24, risau keadaan itu akan menyebabkan kesihatan anak bongsu daripada dua beradik itu, Muhammad Bilal Yusra yang berusia sembilan bulan merosot.

Menurut Nurul Izzati, ukuran lilit kepala bayinya ketika berusia 49 hari hanya 39 sentimeter (sm) dan kini bertambah kepada 85sm ketika ini.

“Pertambahan kira-kira 46 sentimeter itu menyebabkan kulit kepalanya semakin menipis dan merekah sehingga luka dan boleh bernanah jika tidak dibersihkan.

“Keadaan itu menyebabkannya anak saya menangis pada waktu malam hingga awal pagi kerana tidak selesa dan kesakitan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Ular di sini baru-baru ini.

Pasangan suami isteri terbabit sebelum itu menerima kunjungan serta sumbangan wang tunai serta alat pendingin hawa daripada Ketua Armada Bersatu Bahagian Padang Serai, Mohd. Nashrah Md. Sultan bersama ahli jawatankuasanya.

Menurut Nurul Izzati, anaknya itu perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Kulim di sini dua kali sebulan bagi memantau keadaan kepala serta kesihatan bayinya.

“Keadaan cuaca yang panas menyebabkan bahagian kepala dan telinga bayi akan berkudis kerana anak saya ini hanya mempu berbaring.

“Kami tidak mampu untuk membeli pendingin hawa dan hanya bergantung kepada kipas angin untuk menyejukkan bilik,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku secara dalam talian bersama suami.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh melalui akaun bank CIMB Bank 7047468689 atas namanya Mohammad Azhar Arzemi atau menghubungi di talian 010-2195 301.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI