fbpx

Fasa kedua PPN bukan tiket bergerak bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada Iqramah di Kampung Kutan Tengah, dekat sini hari ini.

TUMPAT – Rakyat Kelantan dinasihatkan agar tidak menganggap pelaksanaan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa 5 Julai ini sebagai tiket untuk bergerak bebas.

Menteri Besar Kelantan. Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya, seluruh masyarakat di Kelantan perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, bagaimanapun, beliau bersyukur apabila Kelantan menjadi antara lima negeri yang dibenarkan untuk beralih ke fasa kedua PPN selepas memenuhi indikator nilai ambang kes harian terbaru, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi.

“Fasa kedua ini pergerakan rakyat tidak banyak. Jadi, kita berharap kerajaan pusat memberi pelepasan untuk Kelantan beralih ke fasa ketiga secepat mungkin sekiranya negeri ini memenuhi segala ketetapan pada fasa kedua.

“Oleh itu, rakyat di negeri ini perlu memberi sokongan penuh terutamanya Program Outreach Covid-19 untuk membantu orang ramai menjalani suntikan vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa pecah rumah yang juga peniaga kuih, Iqromah Anuar, 50, di Kampung Kutan Tengah di sini, hari ini.

Selain Kelantan, empat negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis turut beralih ke fasa kedua PPN pada 5 Julai ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Kelantan juga akan menerima sejumlah bekalan vaksin minggu hadapan dengan 2,000 dos akan diberikan kepada seramai 4,000 penduduk di Kampung Kutan Tengah di sini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI