KLANG – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung anggota polis disyaki meminta wang sogokan daripada seorang pemilik kenderaan di sekitar Bandar Sultan Suleiman di sini, baru-baru ini.
Ia susulan penularan rakaman video kamera papan pemuka berdurasi 1.01 saat bertarikh 1 Julai lalu di Twitter menggunakan nama @fahmynazrul memaparkan dua anggota polis menahan seorang lelaki sebelum didakwa meminta sejumlah wang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengenalpasti anggota yang terlibat dalam kes tersebut.
“Satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka terhadap anggota terlibat.
“Sehubungan itu, pihak polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat lanjut agar menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan,” jelasnya. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929