PUTRAJAYA – Sebanyak 6,045 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 778,652 kes.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam ciapan Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,262 kes diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 616 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 531 kes.
“Seterusnya, Johor (500 kes), Perak (384 kes), Sarawak (365 kes), Kedah (332 kes), Melaka (290 kes), Sabah (228 kes), Pulau Pinang (173 kes) dan Kelantan (124 kes).
“Pahang pula (95 kes), Labuan (75 kes), Terengganu (54 kes), Putrajaya (16 kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Perlis hari ini,” katanya di sini hari ini. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929