fbpx

5 juta pelajar di Arab Saudi akan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar di Arab Saudi menerima suntikan vaksin menerusi program vaksinasi terhadap pelajar yang dijalankan. - Saudi Gazette

RIYADH – Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Arab Saudi telah bersetuju untuk melaksanakan program kerjasama tambahan bagi memvaksin sejumlah lima juta pelajar di negara itu dengan vaksin Covid-19, lapor akhbar Saudi Gazette, semalam.

Tujuan utama pelaksanaan tersebut adalah untuk memastikan perancangan membuka semula institusi pendidikan menjelang hujung Ogos ini berjaya dicapai.

Kesemua pelajar terlibat adalah berumur melebihi 12 tahun.

Program tersebut akan melibatkan sebilangan guru, pekerja pentadbiran, para pelajar universiti, ahli fakulti, pelatih serta pekerja latihan dan pentadbiran di institusi-institusi awam serta swasta yang masih belum menerima vaksin.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada minggu lepas telah memulakan program vaksinasi terhadap pelajar berumur 12 hingga 18 tahun dengan menggunakan vaksin Pfizer. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI