fbpx

31 termasuk tujuh remaja ditahan Op Motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam Op Khas Motosikal di Bandar Sultan Suleiman, dekat sini semalam.

KLANG – Tujuh remaja antara 31 individu yang ditahan pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD ) menerusi Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alauddin, Bandar Sultan Suleiman di sini, semalam.

Kesemua mereka termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 hingga 26 tahun ditahan dalam operasi bermula pukul 5.30 petang hingga 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mereka didapati berkumpul dan bersiar-siar tanpa hala tuju di kawasan tersebut.

Katanya, ketika operasi ada sebilangan mereka cuba melarikan diri namun gagal apabila kawasan tersebut telah dikepung polis.

“Kita mengeluarkan 76 keping saman atas pelbagai kesalahan lalulintas serta menyita 20 buah motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kompaun telah dikenakan kepada 22 individu dibawah peraturan 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI