fbpx

[VIDEO] 2 penagih lepasi kawat duri PPR Pantai Ria diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan salah seorang suspek yang cuba melepaskan diri daripada kawat duri yang dipasang di kawasan perumahan PPR Pantai Ria.

PETALING JAYA – Polis sedang giat memburu dua lelaki yang melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai setelah insiden itu dirakam dan tular di Facebook hari ini.

“Kedua-dua lelaki itu dipercayai penagih dadah melarikan diri ke kawasan belakang sungai kawasan perumahan tersebut setelah mereka berjaya melepasi kawalan kawat duri yang dipasang di sekitar kawasan perumahan PPR itu.

“Pihak polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek tersebut bagi mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit empat saat di Facebook memaparkan dua lelaki merangkak sebelum berjaya melepaskan diri mereka daripada kawat duri yang dipasang di kawasan perumahan PPR Pantai Ria. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI