fbpx

11 maut minum arak beras beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita Kemboja sedang menuang arak beras ke dalam sebuah bekas untuk dijual di Phnom Penh, baru-baru ini. – AFP

PHNOM PENH, KEMBOJA – Sebelas penduduk di sebuah perkampungan di wilayah Kampot maut, manakala 10 yang lain dimasukkan ke hospital selepas meminum arak beras disyaki beracun dalam satu majlis pengebumian.

Menurut polis, insiden itu meningkatkan jumlah kematian akibat minum alkohol buatan sendiri yang didapati tidak selamat di negara itu.

“Kesemua mangsa mengalami simptom pening selepas meminum arak tersebut. 

“Sampel alkohol itu telah diambil untuk siasatan lanjut,” kata seorang pegawai polis.

Dalam tempoh dua bulan lepas, lebih 30 penduduk Kemboja meninggal dunia dalam tiga insiden berasingan akibat arak beras buatan sendiri yang mengandungi metanol.

Metanol merupakan sejenis cecair sangat bertoksik yang boleh mengakibatkan buta jika tertelan.

Pada bulan lepas, sekurang-kurangnya 15 pembuat dan penjual arak beras diberkas di Kemboja.

Kementerian Kesihatan negara itu turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk mengelak daripada meminum minuman yang tercemar itu. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN