fbpx

Wang simpanan? ‘Bukit kalau selalu tarah, lama-lama akan gondol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLAH RAM

PETALING JAYA – Mengakui sedikit terkesan disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum berpenghujung, penyanyi senior, Ramlah Ram bagaimanapun bersyukur kerana tetap dikurniakan rezeki meluas dalam bidang nyanyian.

Kata pelantun lagu Kau Kunci Cintaku itu, wang simpanannya tetap cukup untuk menampung kehidupan namun tidak pasti akan bertahan berapa lagi sekiranya negara masih buntu untuk keluar dari permasalahan Covid-19.

“Bukit kalau selalu tarah, lama-lama akan gondol,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi bersama media secara maya promosi single terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi, baru-baru ini.

Jelas penyanyi kelahiran Johor itu, sebagai seorang anak seni yang menjadikan nyanyian sebagai sumber pendatan utama, semestinya apa yang berlaku kepada seluruh dunia sekarang memberikan tamparan hebat buat semua.

“Alhamdulillah, duit simpanan masih ada tapi sampai bila? Untuk saya, memang kena berjimat-cermat dan tak boleh berdiam diri sahaja. Mujur ada punca pendapatan lain seperti bisnes parfum, peranan sebagai duta produk dan sebagainya.

“Sepanjang 36 tahun, tempoh sekarang ini paling mencabar dan merumitkan. Semuanya terbatas. Saya percaya semua orang merasakan perkara yang sama.

“Mahu tak mahu, kita perlu biasakan diri hidup dalam era pandemik. Saya susah, ada orang lain yang lebih susah. Sudah setahun lebih kita hidup begini (dalam pandemik), tapi percayalah rezeki itu datangnya daripada Allah SWT,” kata Ramlah, 56.

Ramlah kini muncul dengan single terbaharu berjudul Aku Ubatinya Lagi yang merupakan ciptaan sepenuhnya Ajai.

Karya tersebut dirakamkan di Studio Wake The Baby Records sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, iaitu pada awal Mac tahun lalu. – K! – ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI