fbpx

Timbalan Menteri akui caj tinggi, membebankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mencari mekanisme terbaik bagi meringankan beban pengguna yang terkesan dengan caj yang ditetapkan penyedia aplikasi penghantaran makanan.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, siasatan pihaknya mendapati penyedia aplikasi penghantaran makanan mengenakan caj 20 hingga 38 peratus yang diakui amat tinggi dan membebankan.

“Sebahagian besar (caj) terpaksa ditanggung pengguna atau pelanggan dan hakikatnya (keuntungan) tidak diperoleh oleh pengusaha kedai makanan.

“Rata-rata pengguna mengeluh dan sudah pasti KPDNHEP mengambil serius dan sedang memikirkan solusi dalam usaha meringankan beban mereka,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan : Caj 30 peratus membebankan

ROSOL

Menurut Rosol, bagi mena­ngani isu itu, pihaknya bercadang untuk memilih pendekatan advokasi menggunakan prinsip menang-menang untuk semua.

Ujarnya, penyedia aplikasi penghantaran makanan, peng­usaha restoran dan pengguna akan dilibatkan bagi mencapai jalan penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak.

“Pertemuan itu sepatutnya dicadangkan pada akhir bulan lalu, namun terpaksa ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

“Kita berharap ada tarikh baharu (pertemuan) untuk mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah ini dalam masa terdekat,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI