JIKA sebelum ini netizen sering menyenaraikan pelakon wanita antagonis paling kejam tetapi lain pula ceritanya kali ini.
Terbaharu, netizen pula diminta mengundi hero drama paling ‘loser’ (lembik atau tak guna).
Seramai enam aktor yang memegang watak hero bagi enam buah drama popular disenaraikan sebagai hero paling ‘loser’ dalam drama jiwang tanah air.
Enam hero tersebut ialah Haris dalam drama (Hati Yang Tersakiti) lakonan Remy Ishak, Fahad – Cinta Sekali Lagi (Saharul Ridzwan) dan Azlan – Takdir Yang Tertulis (Nazim Othman).
Sementara tiga lagi hero ialah Rizal – Perempuan Tanpa Dosa (Kamal Adli), Haris – Bidadari Salju (Adam Lee) dan Nazril – Rindu Awak Separuh Nyawa (Shukri Yahaya).
Rata-rata netizen memilih Nazim dan Adam Lee sebagai hero drama paling ‘loser’. Adakah akan muncul senarai heroin drama paling lembik pula selepas ini?