fbpx

Sektor perdagangan dan pengedaran diperluaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sektor Perdagangan dan Pengedaran yang dibenarkan beroperasi akan diperluaskan dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sektor terbabit ialah kedai buku dan alat tulis, komputer serta telekomunikasi, barangan elektrik, kedai cuci kereta dan kedai gunting rambut.

“Sementara pasar tani dan pasar pagi juga akan dibenarkan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Bagaimanapun, jualan terhad kepada enam komoditi utama iaitu sayur, buah, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging.

“Pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu pula masih tidak dibenarkan dibuka,” katanya ketika sidang akhbar secara maya bersama bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pengusaha-pengusaha sektor yang dibenarkan beroperasi termasuk pasar tani dan pasar pagi adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Di bawah Fasa Dua, kapasiti pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu ataupun essential services akan dinaikkan kepada 80 peratus. Pihak majikan perlu memastikan penjarakan fizikal dan SOP yang ditetapkan dipatuhi setiap masa.

“Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tiada sentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri juga dibenarkan.

“Ini termasuk aktiviti secara berindividu seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, ‘skate boarding’, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis perseorangan, golf, permotoran dan seumpamanya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI