fbpx

Sekolah dibuka untuk Fasa Dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sekolah akan dibuka bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka namun terhad kepada kelas-kelas peperiksaan sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tertakluk kepada ketetapan takwim Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) beserta penilaian risiko semasa.

“Bagi pelajar yang memerlukan untuk merentas negeri daripada semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya perlu mematuhi peraturan kuarantin yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar secara maya bersama bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI