fbpx

Sambung bekalan air secara haram, 2 premis diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguatkuasaan SPAN memeriksa saluran bekalan air yang dilakukan secara haram di dua buah premis sekitar Jalan Kuari, Cheras. - foto: IHSAN SPAN

KUALA LUMPUR – Dua buah premis dikenakan tindakan pemotongan bekalan air selepas didapati melakukan sambungan secara tidak sah di Jalan Kuari, Cheras di sini semalam.

Operasi bermula pada pukul 10 pagi itu mendapati, kedua-dua premis berkenaan terdiri daripada sebuah pusat pemprosesan dan pengedaran ayam segar serta kolam ikan air tawar.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata, sambungan bekalan air tersebut disyaki bertujuan untuk menyalurkan bekalan air bagi aktiviti harian.

“Hasil ujian klorin yang dibuat turut mengesahkan bahawa bekalan air yang diterima merupakan air terawat yang datang dari sumber bekalan air Selangor. Kita juga sedang menyiasat sejak bila premis ini melakukan sambungan secara haram.

“Notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang terlibat. Pihak operator juga akan mengeluarkan tuntutan kepada pemilik premis bagi jumlah kerugian yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, orang ramai boleh memaklumkan kepada SPAN sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan yang disyaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan secara tidak sah.

“Sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran air mentah serta perbuatan mencemar saluran pembetungan boleh disalurkan menerusi talian 011 33336595 atau e-mel ke [email protected].

“Kes disiasat dibawah peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI