fbpx

Relik ganjil cetus teori makhluk asing pernah jajah China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penemuan relik berbentuk aneh di China mewujudkan teori penjajahan makhluk asing di situ. -Barcroft Media via Getty Images

BEIJING – Beberapa relik ganjil di China menyumbang kepada teori konspirasi bahawa makhluk asing kuno pernah menjajah negara tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.

Tumpuan kepada relik  di Sanxingdui itu berlaku  ketika China memulakan penyiasatan sendiri berhubung objek terbang tidak dikenali (UFO).

Peninggalan bersejarah di wilayah Sichuan, barat daya China ditemui oleh seorang penduduk kampung pada 1929 dan berusia 3,000 tahun lalu semasa Zaman Gangsa.

Relik yang ditemui dipercayai berusia lebih 3,000 tahun. – Getty

Namun, artifak bermuka aneh dan bertelinga besar lagi runcing seperti wajah makhluk asking telah mencetuskan teori bahawa makhluk angkasa lepas itu telah datang ke China.

“Beberapa patung dewi yang artistik tidak boleh didakwa sebagai makhluk asing,” kata Lei Yu yang merupakan ahli arkeologi Institut Penyelidikan Peninggalan dan Arkeologi Wilayah Sichuan.

Ahli arkeologi China baru-baru ini menemui lebih daripada 500 relik di enam lubang korban kuno yang diperbuat daripada batu zamrud yang serupa dengan relik asal yang ditemui.

Ahli arkeologi percaya bahawa tapak itu adalah bekas ibu kota akhir Dinasti Xia yang memerintah dari tahun 2070-1600 Sebelum Masihi (SM).

Laporan Pentagon Amerika Syarikat (AS) yang ditunggu-tunggu tentang UFO diterbitkan bulan lalu.

Dalam dokumen itu, pegawai-pegawai Pentagon berkata, biarpun tidak menemui apa-apa bukti tentang rakaman UFO oleh anggota tentera laut AS yang menunjukkan kehadiran makhluk asing, teori itu tidak boleh disingkirkan.

Luis Elizondo yang mengetuai Program Pengenalan Ancaman Aeroangkasa Lanjutan (AATIP) berkata,  China mungkin berusaha untuk menerajui bidang siasatan mengenai UFO. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI