fbpx

Pesawat kargo buat pendaratan cemas di perairan Hawaii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat kargo Transair Boeing 737 dilihat di sebuah kemudahan kargo Transair di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye, Honolulu, semalam. - AFP

HONOLULU, HAWAII – Sebuah pesawat kargo membuat pendaratan cemas di Lautan Pasifik, dekat perairan Hawaii selepas mengalami kerosakan enjin yang mengakibatkan dua juruterbangnya cedera parah, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut Jabatan Pengangkutan negeri Hawaii, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.45 pagi (waktu tempatan) itu melibatkan pesawat jenis Boeing 737-200 yang dalam perjalanan dari Honolulu ke Maui.

Manakala Pentadbiran Penerbangan Persekutuan pula mengesahkan hanya dua orang juruterbang yang berada dalam pesawat Transair Flight 810 terbabit ketika insiden itu berlaku.

“Juruterbang melaporkan enjin pesawat mengalami masalah dan mereka cuba untuk membuat penerbangan balik ke Honolulu sebelum terpaksa melakukan pendaratan cemas di atas air,” kata agensi tersebut dalam satu kenyataan.

Berdasarkan audio dari pesawat yang diperoleh oleh CNN, salah seorang juruterbang memberitahu menara kawalan bahawa salah satu enjin pesawat mengalami kerosakan.

“Enjin nombor satu mengalami kerosakan dan kami sedang menuju ke lapangan terbang. Enjin nombor dua juga akan rosak. Ia amat panas (enjin),” kata salah seorang juruterbang dalam rakaman tersebut.

Kedua-dua mereka kemudiannya diselamatkan selepas pesawat terhempas di laut dengan seorang daripadanya kini dirawat di unit rawatan rapi kerana mengalami keadaan kritikal.

Manakala, seorang lagi juruterbang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan beberapa kecederaan lain.

Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai insiden tersebut dan buat masa ini sedang memantau situasi itu.

“Kami ada menghubungi pihak Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan sedang bekerjasama dengan mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI