fbpx

Penduduk Madagascar makan abu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak makan makanan yang diedarkan oleh WFP di sebuah perkampungan di selatan Madagascar, baru-baru ini. – WFP/ Krystyna Kovalenko

ANTANANARIVO, MADAGASCAR – Krisis makanan di Madagascar meruncing sehingga memaksa penduduknya makan abu dicampurkan asam jawa untuk meneruskan hidup, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kemarau panjang selama empat tahun mengakibatkan selatan negara itu terjejas teruk dengan Program Makanan Dunia (WFP) pada bulan lepas memberi amaran, lebih 1.1 juta penduduk rantau itu tidak mempunyai makanan selamat.

Angka itu termasuk kira-kira 14,000 penduduk yang berdepan ‘situasi bencana’ dan angka tersebut dijangka meningkat tahun ini.

Menurut pekerja kebajikan, situasi di pulau itu adalah yang terburuk pernah dialami dengan penduduk setempat melakukan apa sahaja untuk menghilangkan kelaparan.

“Saya melihat penduduk berbasikal sepanjang hari untuk membeli pisang dan mengulangi nya kerana makanan langsung tiada di bandar mereka,” katapetugas kebajikan, Lomba Hasoavana.

Beberapa petugas lain berkata, banyak kawasan di negara itu menyaksikan penduduknya terpaksa memakan abu yang dicampur asam jawa.

“Ada penduduk yang membuat kasut daripada kulit lembu memakan sisa kulit tersebut kerana tiada makanan lain,” kata ujar petugas kebajikan lain, Paula Amour.

Ada penduduk memakan tanah liat dan anai-anai serta pelbagai benda lain yang tidak sepatutnya dimakan.

Kehilangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak pula meningkat mendadak sejak empat bulan lalu yang menyaksikan golongan itu menderita akibat kekurangan zat.

Menurut WFP, meskipun Madagascar tidak menyumbang kepada perubahan iklim dunia, keadaan kemarau terburuk dalam tempoh 40 tahun di negara itu menyebabkan penduduknya amat menderita.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan Madagascar merayu bantuan dunia sebanyak AS$155 juta (RM479 juta) bagi menyediakan makanan dan mengelakkan kebuluran daripada berlarutan di negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI