fbpx

OKU warga emas dibantu selepas 17 kali merayu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang penerima bantuan di PUBKR

KLANG – Nasib seorang warga emas yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) akhirnya terbela apabila mendapat bantuan selepas merayu di 17 lokasi sebelum ini.

Kisah tersebut dikongsikan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja (PUBKR), Mohd.Zaffarollah Mohd. Nordin selepas lelaki OKU dipercayai lembam berusia 60 tahun itu hadir mendapatkan bantuan barangan makanan.

Mohd. Zaffarollah memberitahu, lelaki itu mendakwa rayuan bantuan tidak diperolehi atas beberapa sebab termasuk merupakan pengundi luar walaupun tinggal di Kota Raja.

“Rayuan kepada beberapa persatuan kebajikan juga gagal ekoran telah kehabisan stok.

“Selain itu, penolakan pemberian bantuan juga atas alasan mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum menemui kami sebagai usaha terakhir,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan PUBKR di Taman Maznah di sini hari ini.

Kata Zafarollah, pihaknya memberikan bantuan tersebut selepas terkesan dengan kesulitan dialami OKU itu walaupun belum mendaftar sebagai penerima bantuan menerusi aplikasi WhatsApps yang disediakan kami.

Ujarnya, berdasarkan rekod pihaknya telah menerima 6,000 permohonan dari seluruh negara sejak Program Ziarah Orang-Orang Muda (Zoom) dilaksanakan Mac lalu.

“Kita mempunyai peruntukkan yang terhad dengan setiap permohonan akan diteliti sebelum bantuan diluluskan.

“Ada permohonan dari Kelantan, Labuan dan Sarawak namun fokus kita ketika ini adalah di Parlimen Kota Raja sahaja,”katanya.

Mengulas mengenai isu kibaran bendera putih, beliau menjelaskan pihaknya akan membantu sekiranya ada kes sedemikian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini.

“Berdasarkan situasi terkini, kita akan memberi keutamaan kepada 1,000 pemohon menerusi aplikasi WhatsApp susulan lebih sistematik dan adil kepada semua pihak,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI