KUALA LUMPUR – Mahkamah jenayah akan dibenarkan beroperasi dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengenai perincian SOP, ia akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam masa terdekat.
“Kita telah berbincang dan memutuskan untuk membenarkan mahkamah jenayah yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beroperasi. Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan ia akan menyebabkan kesesakkan dalam lokap dan penjara selain berlaku jangkitan Covid-19.
“Bagaimanapun, ia harus mematuhi SOP yang ketat bagi memastikan tidak berlaku kes jangkitan Covid-19 di dalam penjara atau lokap,” katanya ketika sidang akhbar secara maya bersama bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kerajaan juga telah memutuskan untuk membenarkan firma guaman beroperasi dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929