fbpx

Kilang plastik langgar SOP diserbu kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan pemantau polis melakukan pemeriksaan di salah sebuah kilang di sekitar Shah Alam.

SHAH ALAM – Tidak serik diserbu dua kali sebelum ini, sebuah kilang pembuatan barangan plastik di sini terus berdegil apabila didapati memalsukan surat kebenaran operasi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Perkara itu terbongkar hasil pemeriksaan pukul 10.30 pagi tadi menerusi Op Patuh dilaksanakan pasukan pemantau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sebelum diarahkan tutup serta-merta.

Sumber memaklumkan, kilang itu sebelum ini memohon kebenaran bagi perkhidmatan perlu untuk pembuatan alat sanitiasi namun didapati hanya membuat peralatan perpaipan.

“Kilang ini pernah diserbu disebabkan bekerja melebihi kapasiti dibenarkan selain pernah meneruskan operasi walaupun dilaporkan berlakunya kluster di situ.

“Arahan penutupan serta-merta dikeluarkan dengan dua kompaun dikeluarkan ekoran pelanggaran prosedur operasi standard ( SOP ) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, sepanjang operasi selama empat jam bermula pukul 1 tengah hari tadi telah memeriksa 49 premis dengan kebanyakannya kilang di sekitar daerah ini.

Operasi pematuhan itu dilakukan bersama Majlis Daerah Shah Alam, MITI, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Katanya, lima kompaun dikeluarkan kepada majikan dengan setiap satunya bernilai RM10,000 ekoran kesalahan seperti beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus dan bukan perkhidmatan perlu.

“Kita turut mengeluarkan enam kompaun kepada pekerja atas kegagalan mengimbas suhu mysejahtera dan dua lagi kompaun kerana melebihi kapasiti dalam kenderaan. Setiap kompaun bernilai RM2,000.

“Manakala dua lagi premis diarahkan tutup serta-merta iaitu kilang pembuatan barangan plastik di Seksyen 16 selain bengkel kenderaan di Bukit Jelutong kerana beroperasi tanpa kebenaran semasa PKPD,” tegas beliau.

Ketika ditanya mengenai ketakutan pekerja membuat laporan selepas dipaksa untuk bekerja, Ramsey menjelaskan mereka boleh menggunakan medium seperti Facebook dan Instagram IPD Shah Alam dalam menyalurkan maklumat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI