fbpx

Ismail Sabri umum peralihan fasa PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Keputusan sama ada terdapat negeri akan memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bakal diketahui petang ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan perincian mengenai nilai ambang bagi negeri-negeri yang mencapainya dalam sidang akhbar petang ini.

Nilai ambang merujuk kepada satu bentuk indikasi bagi membolehkan sesebuah negeri beralih daripada satu fasa ke fasa seterusnya menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi kenyataan di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata, pihaknya sedang menyiapkan penelitian mengenai perkara tersebut.

“Hampir lengkap penelitian minggu ini berkaitan negeri-negeri lain yang telah mencapai nilai ambang. Masih ada yang perlu disiapkan.

“Insya-Allah saya akan mengumumkannya dalam sidang media esok (hari ini). Nantikan.,” katanya.

Sebelum ini,Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Setiap fasa pelan pemulihan itu berpandukan kepada data tiga indikator iaitu kes harian Covid-19, kapasiti penggunaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi penduduk sebelum beralih ke fasa berikutnya.

Antara negeri yang memohon untuk peralihan fasa PPN ialah Perlis yang mempunyai kes harian yang rendah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI