fbpx

IPD Dang Wangi santuni golongan terkesan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zainal (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Dang Wangi hari ini menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta bekalan makanan kepada 30 individu yang terkesan akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan sepanjang tempoh sukar ini.

“Sebelum ini saya telah mengarahkan ketua-ketua polis balai di dalam Daerah Dang Wangi agar mengenalpasti individu yang memerlukan bantuan di kawasan mereka.

“Kesemua mereka yang telah dikenalpasti kemudiannya dijemput hadir pada hari ini untuk menerima sumbangan malah kami turut menyediakan sebuah van untuk mengambil serta menghantar mereka pulang,” katanya ketika ditemui sebaik selesai program sumbangan hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, bantuan yang disampaikan itu merupakan hasil kutipan sumbangan orang ramai kepada tabung surau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Bantuan yang disalurkan hari ini merupakan hasil sumbangan daripada orang ramai yang datang menunaikan solat di sini serta sumbangan individu persendirian jadi kami memanjangkannya agar dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Pada hari ini kami memperuntukkan kira-kira RM10,000 untuk membeli barangan keperluan seperti beras, telur, minyak dan gula termasuk wang tunai sebanyak RM250 kepada setiap penerima,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal turut memaklumkan tentang kemudahan van jenazah yang boleh digunakan oleh mereka yang menetap di sekitar daerah Dang Wangi sekiranya berlaku kematian.

“Sekiranya berlaku kematian dan memerlukan van jenazah, bolehlah buat permohonan kepada pihak pengurusan surau IPD Dang Wangi,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI