fbpx

Ibu tunggal ditinggal suami warga asing dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli menyerahkan bantuan kepada ibu tunggal, Faizah (kiri) setelah ditinggalkan suaminya seorang warga asing di kediamannya semalam.

PETALING JAYA – Kesukaran hidup seorang wanita selepas ditinggalkan suaminya seorang warga asing dengan hutang hampir RM1 juta mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam.

Zulkifli dalam hantaran di akaun Facebook miliknya semalam berkata, dia mengetahui mengenai kesukaran hidup yang dihadapi oleh wanita yang dikenali sebagai Faizah itu selepas menerima kiriman emel daripadanya.

“Dalam emel berkenaan Faizah berkongsi kehidupan sebenar yang dilaluinya bersama anak-anak selepas ditinggalkan suami.

“Faizah menyatakan sebelum ini kehidupan bersama suami dan anak-anaknya bahagia tetapi keadaan mula berubah selepas suami menghilangkan diri dengan meninggalkan beban hutang yang banyak,” jelasnya.

Tambahnya, wanita berkenaan menguruskan anaknya seorang diri dan demi desakan hidup, beliau membuat pinjaman ah long bagi menyelesaikan segala hutang yang ada.

“Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu merencatkan sumber pendapatan Faizah termasuk anak-anaknya yang hilang pekerjaan, seorang daripada anaknya masih menuntut di universiti.

“Saya beranggapan beliau adalah seorang ibu yang cekal, namun ia tidak dapat mengubah keadaan kerana Covid-19 yang berlarutan menyukarkan pergerakannya. Saya doakan beliau dapat mengharungi pandemik ini dengan lebih bersemangat dan tabah bersama anak-anak tercinta,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli bersama wakil beberapa agensi di bawah kementeriannya hadir ke kediaman wanita tersebut bagi membantu meringankan beban keluarganya.

Dalam kunjungan tersebut, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Baitulmal menyalurkan bantuan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang, Skim Bantuan Kecemasan Skim Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negeri dan Skim Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan.

MAIWP turut melunaskan sewa beli bulanan rumah yang diduduki wanita tersebut untuk beberapa bulan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI