fbpx

Czech berjuang tanpa penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Rep. Czech terpaksa berjuang sendirian apabila para penyokong dilaporkan tidak dapat menemani mereka ekoran aksi yang berlangsung di Baku dianggap terlalu jauh. – AFP

PRAGUE – Penolong jurulatih Republik Czech, Jiri Chytry percaya mereka akan berdepan tugas berat menjelang aksi suku akhir Euro 2020 menentang Denmark di Stadium Olimpik Baku tengah malam ini.

Katanya, venue yang terlalu jauh mungkin menyebabkan penyokong-penyokong setia tidak dapat hadir memberikan soko­ngan kepada pasukan kendalian Jaroslav Silhavy itu nanti.

Kata Chytry, sebelum ini mereka dapat merasai suasana sebenar Euro 2020 ketika menewaskan Belanda pada pusingan 16 pasukan terbaik di Puskas Arena kerana ditemani 7,000 penyokong sendiri.

Bagaimanapun, mereka mung­kin akan kembali beraksi di stadium kosong memandangkan penyokong kedua-dua pasukan menganggap aksi di Baku terlalu jauh berbanding venue-venue sebelum ini.

“Secara jujur, kece­wa dengan keputusan ini (aksi di Baku) ke­rana kami semua sudah merasai suasana sebenar Euro ketika di Budapest, namun ia kembali ke suasana asal.

“Sudah tentu kami mahukan penyokong untuk hadir memberikan sokongan tetapi mereka mungkin tidak hadir atas alasan jarak yang terlalu jauh.

“Mereka berhak untuk dapatkan yang terbaik,” kata Chytry.

Difahamkan, penyokong-penyokong Czech tidak akan membanjiri Stadium Olimpik Baku memandangkan Kerajaan Czech melabelkan Azerbaijan sebagai salah sebuah negara berisiko tinggi Covid-19.

“Kami akan berangkat ke Baku dan semua pemain sedar mana-mana pasukan yang menang hanya memiliki masa tiga hari untuk melakukan persiapan bagi aksi separuh akhir di Wembley.

“Apa yang penting sekarang kami perlu fokus 100 peratus pada perlawanan ini, tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Denmark juga akan berdepan si­tuasi yang sama,” tambah Chytry.

Dalam perkembangan lain, penyerang Czech, Patrik Schick menegaskan, dia hanya memberikan sepenuh perhatian untuk membantu pasukan mencatat kemenangan, bukannya terdesak memenangi anugerah Kasut Emas.

“Kasut Emas bukanlah sasaran utama saya kera­na kejayaan pasukan lebih penting berban­ding individu.

“Saya mahu bantu pasukan mara sejauh mungkin pada kejohanan kali ini,” katanya yang kini sudah meledak empat gol, kurang satu gol de­ngan Cristiano Ronal­do. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI