fbpx

Cavendish kuasai peringkat keenam Tour de France

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVENDISH (jersi hijau) hanya memerlukan dua sahaja lagi kemenangan untuk menyamai pencapaian yang dilakukan oleh Merckx selepas muncul juara peringkat keenam TdF kelmarin. – AFP

PARIS – Pelumba veteran, Mark Cavendish meneruskan momentum cemerlang pada siri jelajah Tour de France (TdF) dengan menjuarai peringkat keenam pada perlumbaan yang berlangsung sekali gus merekodkan kejuaraan peringkat ke-32 dalam kariernya pada kejohanan berprestij itu awal pagi semalam.

Pada perlumbaan tersebut, Cavendish yang mewakili pasukan Deceuninck-Quick-Step mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menafikan cabaran Jasper Philipsen dan Nacer Bouhanni untuk bergelar juara pada perlumbaan sejauh 160 kilometer dari Tours ke Chateauroux.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan Cavendish hanya ketinggalan dua kejuaraan berbanding legenda basikal Belgium, Eddy Merckx yang sebelum ini merekodkan kejuaraan peringkat terbanyak dalam sejarah TdF dengan 34 kemenangan keseluruhan.

Pelumba berusia 36 tahun itu berkata, kecemerlangan yang dipamerkan pada peringkat awal kejohanan TdF memberi keyakinan tambahan dalam usaha untuk menjuarai kejohanan berbasikal elit itu buat pertama kali dalam karier.

“Saya tidak tahu berapa lama saya mampu memberi saingan pada kejohanan ini tetapi jika diberi pilihan, sudah tentu saya mahu menjadi juara. Namun, saya tidak mahu memikirkan terlalu jauh dan fokus daripada satu peringkat ke satu peringkat.

“Ini adalah perlumbaan yang panjang dan saya perlu bijak merancang strategi kerana saya tahu kepakaran saya adalah ketika memecut tetapi ada kalanya kita akan mengharungi peringkat mendaki dan sebagainya.

“Apa yang pasti, saya kini berada pada tahap terbaik dengan kecergasan penuh. Malah, saya juga berharap perlumbaan berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan serius” kata pelumba kelahiran Kepulauan Isle of Man. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI