PETALING JAYA- Gelagat sekumpulan petugas barisan hadapan berjoget sambil mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi menghiburkan penduduk di sebuah kawasan perumahan mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.
Video berdurasi 45 saat yang dikongsi seorang pengguna Twitter @brgsjks bukan sahaja menunjukkan petugas barisan hadapan berjoget malah tindakan mereka seolah-olah mahu memberikan semangat kepada penduduk.
Berdasarkan video terbabit, rata-rata penduduk dilihat berada di rumah masing-masing dan hanya petugas barisan hadapan sahaja berada di luar premis.
Menurut seorang pengguna Twitter, @MatYiie, dia selalu berasa benci apabila melihat orang berjoget tanpa hala tuju seperti video yang dipaparkan itu.
“Tapi bila tengok frontliners ini buat, aku rasa gembira, kagum dan sebak sebab tahu mereka bekerja lebih daripada sepatutnya. Mereka sudah terlampau penat, moga Allah mudahkan semua urusan mereka,” katanya.
@ChBursaDaughter pula menyifatkan dia berasa sebak selepas melihat usaha petugas barisan hadapan untuk mengurangkan tekanan orang awam.
“Kenapa sebak ini? Sampai macam itu sekali frontliners kita berusaha untuk tak nak bagi orang awam sedih.
“Kalau semua mahu tahu, nak bagi imunisasi badan kita kuat, bukanlah makanan semata-mata sebaliknya emosi juga main peranan,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929