PUTRAJAYA – Kes harian negara kekal merekodkan angka melebihi 6,000 dengan 6,658 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,047 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 699 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 616 kes.
“Seterusnya, Johor (414 kes), Sarawak (361 kes), Melaka (345 kes), Sabah (322 kes), Pahang (200 kes), Kedah (145 kes), Pulau Pinang (142 kes), Labuan (108 kes) dan Perak (101 kes).
“Kelantan pula (89 kes), Terengganu (51 kes), Putrajaya (16 kes) dan Perlis (dua kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929