fbpx

Tiga kompaun Op Patuh di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran Wan Yusof (tiga kanan) bersama beberapa agensi penguatkuasaan melakukan pemeriksaan di kilang-kilang sekitar Sepang bagi memeriksa pematuhan SOP. foto: FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Tiga kompaun dikeluarkan pihak berkuasa ke atas sebuah kilang dan dua individu menerusi Op Patuh yang dilaksanakan secara besar-besaran di daerah ini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dua kompaun masing-masing bernilai RM1,500 dikenakan ke atas dua individu kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu tidak memakai pelitup muka.

“Manakala, kompaun bernilai RM10,000 dikenakan ke atas sebuah kilang membuat panel suria,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kilang terbabit mendapati kantin premis berkenaan melakukan kesalahan dengan menjalankan perniagaan dan bukan secara ‘take away’.

“Sehubungan itu, pihak polis mengambil tindakan ke atas kilang terbabit yang melanggar SOP ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, dalam Op Patuh itu, sebanyak 62 kilang telah diperiksa meliputi lokasi Bandar Baru Salak Tinggi, Sungai Pelek, Dengkil dan Putra Perdana.

Selain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) operasi berkenaan yang bermula pukul 10 pagi itu melibatkan agensi dan penguat kuasa seperti Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dengan kekuatan keseluruhan seramai 83 orang. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI