fbpx

Tiga kilang degil dikompaun RM21,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas KKM mengeluarkan notis kompaun ke atas salah seorang pihak pengurusan sebuah kilang dalam Ops Patuh Bersepadu di daerah Pontian, Johor hari ini.

PONTIAN – Tindakan degil tiga buah kilang di daerah ini beroperasi melebih had pekerja dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan tidak mempamerkan lesen perniagaan mengundang padah apabila dikenakan kompaun berjumlah RM21,500.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Azri Noraini berkata, kompaun itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas dua buah kilang masing-masing berjumlah RM10,000.

Manakala, Majlis Daerah Pontian (MDP) mengenakan kompaun masing-masing RM500 ke atas tiga buah kilang kerana gagal mempamerkan lesen perniagaan yang sah.

“Hari ini kita telah melaksanakan Ops Patuh Bersepadu Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Norma Baharu Covid-19, bersama pelbagai agensi di kawasan perindustrian di daerah ini.

“Dua buah kilang dikenakan kompaun masing-masing RM10,000 kerana langgar SOP iaitu beroperasi melebihi 60 peratus pekerja dalam satu masa serta tiga kilang termasuk kilang sama dikenakan kompaun RM500 kerana tidak pamer lesen perniagaan,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Azri, Ops Patuh ini adalah sejajar dengan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar semua premis kilang dapat mematuhi SOP yang tetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk penjarakan sosial.

“ Hari ini kami melaksanakan Ops Patuh agar majikan tidak melanggar SOP yang ditetapkan bagi membolehkan mereka terus beroperasi ketika Sekatan Pergeralan Penuh 3.0 ketika ini,” ujarnya.

Kata Azri, pihaknya memandang serius tindakan sesetengah majikan yang mengingkari dan memandangkan mudah SOP yang dibuat bertujuan mencegah penularan wabak Covid-19 di kilang-kilang.

Operasi yang bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang itu mensasarkan kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Pekan Nanas, kawasan Pontian dan kawasan Perindustrian Tanjung Bin di Serkat.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI