fbpx

Terpaksa guna susu pekat susukan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ayah terpaksa menggunakan susu pekat untuk anaknya yang dahagakan susu selepas kehilangan sumber pendapatan akibat PKP 3.0.

PETALING JAYA – Tindakan seorang ayah yang terpaksa membuat susu daripada susu pekat untuk anaknya yang kelaparan setelah kehilangan punca pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tular di aplikasi TikTok sejak Rabu lalu.

Video yang dimuat naik pengguna @muhammdadam1 di akaun TikToknya memaparkan dia terpaksa menggunakan susu pekat sebagai pengganti susu bayi untuk diberikan kepada anaknya yang kelaparan.

Rata-rata pengguna di aplikasi TikTok meluahkan rasa sebak melihat keadaan keluarga lelaki itu yang serba-serbi kekurangan dan meminta lelaki tersebut untuk kibarkan bendera putih di rumahnya.

Menurut seorang pengguna bernama @_cikk_ah dia sanggup menolong lelaki tersebut membeli susu anak walaupun jauh, dia sanggup menghantar susu tersebut dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

“Anak abang minum susu jenama apa ya? Saya mahu belikan untuk abang. Abang bagitahulah abang tinggal di mana. Kalau jauh, saya akan pos ke rumah abang,” jelas pengguna itu.

Seorang pengguna TikTok @norsofi28 berkata, lelaki itu tidak perlu malu untuk meminta bantuan dan pengguna di ruangan komen sanggup membantu keluarganya.

“Jika abang ada terbaca komen di sini, jangan malu untuk balas dan minta bantuan dari kami. Insya-Allah, kami semua akan cuba membantu keluarga abang. Janganlah malu untuk anak abang,” katanya di ruangan komen. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI