fbpx

Struktur semula SJR, tiada pasang kawat duri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis akan membuat penstrukturan semula lokasi-lokasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Selangor susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD) bermula esok hingga 16 Julai ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihak polis tidak akan memasang kawat berduri di seluruh daerah Selangor yang terlibat sebaliknya jumlah SJR akan bertambah berbanding bilangan sedia ada sebelum ini.

“Untuk pasang kawat duri di seluruh sempadan Selangor, itu biarlah logik. Takkan kita mahu pasang di semua daerah, sempadan. Itu tidak logik.

“Cuma kita akan membuat penstrukturan semula lokasi-lokasi SJR bagi menambah sekatan di kawasan strategik sepanjang PKPD ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Arjunaidi mengingatkan orang ramai terutama penduduk di daerah terlibat supaya tidak keluar daripada kediaman masing-masing jika tidak mempunyai urusan penting di luar.

Tegas beliau, pihak majikan juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak membenarkan pekerja mereka keluar bekerja kecuali pekerja kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi sahaja.

“Anggota kita akan bertindak tegas terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPD ini.

“Malah, Ops Patuh juga akan diteruskan bagi mengambil tindakan terhadap kilang-kilang yang masih beroperasi tanpa kebenaran,” ujarnya.

Semalam Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lapan daerah di Selangor dikenakan PKPD iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor membabitkan sebanyak 34 buah mukim. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI