fbpx

Sidang Parlimen diputuskan sebelum 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Persidangan Parlimen diputuskan untuk diadakan secepat mungkin sebelum 1 Ogos depan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen.

Katanya, perkara berkaitan sidang Parlimen itu akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 7 Julai depan.

Pada 29 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI