fbpx

Sebulan kahwin, Ifan Seventeen dan isteri buat IVF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ifan dan Citra nekad melakukan IVF bagi mendapatkan zuriat walaupun usia perkahwinan baru memasuki sebulan.

JAKARTA – Baru sebulan berkahwin, bekas vokalis kumpulan Seventeen, Ifan bersama isterinya, Citra Monica tetap nekad mengambik keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) demi mendapatkan zuriat.

Difahamkan, Ifan bersama Citra yang juga merupakan seorang model mengambil keputusan memulakan rawatan IVF pada Rabu lalu di sebuah pusat perubatan di Jakarta kerana ingin segera menimang cahaya mata.

“Bismillah. Pada pagi Rabu, isteri saya sudah melakukan proses IVF dengan mengambil telur untuk dimasukkan ke dalam tabung.

“Mohon doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar,” tulis Ifan dalam Instagram miliknya.

Keputusan kedua-dua pasangan itu melakukan IVF turut mendapat sokongan dan doa dalam kalangan peminat mahupun rakan-rakan selebriti.

Namun, terdapat juga segelintir netizen mempersoalkan tindakan mereka yang memilih untuk melakukan IVF sedangkan usia perkahwinan mereka baru sahaja sebulan.

Terdahulu, Ifan mendirikan rumah tangga bersama Citra pada 29 Mei lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup, namun disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen Indonesia.

Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Dylan Sahara, namun isterinya itu meninggal dunia dalam satu kejadian bencana tsunami di Selat Sunda pada 22 Disember 2018 yang turut mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI