fbpx

Sari Yanti kongsi nama, wajah anak kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARI YANTI berkongsi gambar anak kelimanya, Abu Bakr Mohd. Nadzri.

PETALING JAYA – Selepas hampir dua bulan bersalin, pelakon Sari Yanti akhirnya berkongsi wajah anak kelimanya kepada umum yang diberi nama Abu Bakr Mohd. Nadzri.

Cahaya mata comel itu sekali gus menjadi anak ketiga selebriti berusia 37 tahun itu menerusi perkahwinan keduanya bersama pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Abu Bakr bin Mohd. Nadzri. Kenalkan (anak) yang nombor lima,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Sari atau nama lengkapnya Sari Yanti Mohamad Nazari turut berkongsi sekeping foto putera bongsunya itu dengan senyuman manis.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon yang popular menerusi drama Kisah Kaisara itu turut berkongsi rasa gembira dan menyifatkan Abu sebagai seorang bayi yang sangat comel.

Terdahulu, Sari melahirkan anak kelimanya itu pada 15 Mei lalu hanya selepas 11 bulan usia anak keempatnya.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI