fbpx

Ramai gembira dapat tarikh dos kedua AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penerima vaksin AstraZeneca meluahkan rasa lega selepas mendapat tarikh janji temu bagi dos kedua sebaik sahaja diumumkan jarak masa menunggu dipendekkan daripada 12 minggu ke sembilan minggu.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial Twitter juga mendapati, tanda pagar cucukMYAZ, AstraZeneca dan MySejahtera juga menjadi sohor kini di laman itu sejak tengah malam tadi.

Seorang netizen dikenali sebagai @DrJasonLeong berkata, dia amat bersyukur kerana mendapat tarikh janji temu bagi dos kedua vaksin berkenaan yang telah ditetapkan pada 9 Julai ini.

“Baru sahaja terima tarikh janji temu dos kedua vaksin, saya terharu kerana hari ini agak mencabar. Dapat vaksin adalah segalanya, saya harap lebih ramai akan menerima vaksin secepat mungkin,” ciapnya.

Tanda pagar cucukMYAZ, AstraZeneca dan MySejahtera menjadi sohor kini di laman Twitter selepas ramai berjaya mendapatkan tarikh janji temu bagi dos kedua vaksinasi hari ini.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai @nadrhh pula gembira kerana tarikh janji temu diterima jatuh pada Hari Kebangsaan nanti.

“Hari Merdeka dos kedua nanti. Cucuk vaksin dengan semangat patriotik,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meluahkan perasaan sedih kerana sehingga kini masih belum menerima sebarang tarikh janji temu vaksinasi walaupun telah mendaftar sejak Februari lalu.

“Tahniah semua yang sudah dapat dos kedua, aku yang pertama pun belum dapat. Nak menangis pun tak ada guna,” ciap @sofearissa.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengumumkan tempoh menunggu untuk suntikan kedua bagi mereka yang telah menerima vaksin AstraZeneca telah dipendekkan daripada 12 kepada sembilan minggu sahaja.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat saranan daripada Kumpulan Kerja Teknikal Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI