fbpx

Polis rampas dadah bernilai RM110,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaidi menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di kawasan Suria Inanam semalam. - Foto: IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Polis bandar raya ini berjaya melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah ekoran penahanan dua individu selain merampas dadah bernilai RM110,000 di kawasan Suria Inanam semalam.

Dalam serbuan operasi khas pukul 2.40 petang itu, dua lelaki berkenaan berusia 30 dan 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Susul penahanan itu, hasil pemeriksaan berjaya menemui tiga bungkus plastik berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu seberat dianggarkan 3,019.25 gram.

“Semua dadah dibungkus rapi di dalam plastik teh cina bertulis ‘Tie Guan Yin’ dipercayai untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Kita juga merampas dua kenderaan jenis Ford Raptor dan Isuzu D Max berserta empat telefon bimbit yang dipercayai digunakan bagi urusniaga transaksi dadah,” katanya dalam sidang akhbat di IPD Kota Kinabalu sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi menyatakan siasatan awal mendapati semua suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Menurut beliau, kedua-dua suspek menjadi dalang sindiket pengedaran dadah rentas sempadan dengan upah antara RM1,000 hingga RM5,000. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI