fbpx

Peniaga ole-ole makanan tradisional rugi RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Norhizam Hassan Baktee meninjau peniaga di pusat jualan kraftangan dan makanan tradisional Bazar Ole-Ole Melaka.

MELAKA – Kira-kira 100 peniaga di pusat jualan kraftangan dan makanan tradisional Bazar Ole-Ole Melaka di sini terpaksa ‘pejam mata’ membuang semua bekalan makanan yang rosak bernilai hampir setengah juta ringgit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), awal Januari lalu.

Menurut seorang peniaga, Siti Nor Zalina Zulkifli, 32, dia mengalami kerugian kira-kira RM50,000 apabila semua bekalan ole-ole berupa makanan tidak dapat dijual dan menjadi rosak.

Katanya, kesemua bekalan makanan itu mulai diselaputi kulat dan berbau hapak sebelum terpaksa dibuang.

“Sebenarnya sebelum PKP 2.0, saya ada menambah bekalan produk di kedai kerana menyangka keadaan akan bertambah pulih, malah ketika itu negeri ini juga melaksanakan PKP Pemulihan (PKPP).

“Tidak lama kemudian, kerajaan melaksanakan PKP, jadi tiada siapalah yang datang membeli ole-ole itu sehingga ia rosak dan terpaksa dibuang. Saya rugi hampir RM50,00 jugalah termasuk sewa kedai,” katanya ketika ditemui di gerainya di Bandar Hilir, di sini, hari ini.

Turut hadir menyantuni peniaga itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee serta pihak penganjur bazar berkenaan, Khairul Anuar Mohd. Noor.

Sementara itu, Khairul berkata, pihaknya juga telah membantu para peniaga di bazar tersebut dengan memberikan potongan bayaran sewa, malah dia turut mengalami kerugian hampir RM800,000. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI