KUALA TERENGGANU – Orang kelainan upaya (OKU) bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak menyisihkan golongan tersebut dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Norhaslina Suria Mohamed, 38, yang lumpuh disebabkan ketumbuhan pada tulang belakang sejak 10 tahun lalu sangat bersemangat untuk hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini bagi menerima dos vaksin Covid-19 sejak awal pagi lagi.
Beliau yang merupakan atlet paralimpik memanah negeri ditemani suaminya, Mohamad Ridhuan Mohamad Yusoff, 44.
“Saya harap lebih ramai OKU lagi dapat tersenarai sebagai penerima vaksin Covid-19 secepat mungkin.
“Tiada apa yang perlu dirisaukan, saya tidak rasa sakit langsung sewaktu disuntik tadi,” katanya ketika ditemui di PPV TTC di sini hari ini.
Norhaslina Suria yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata memberitahu, vaksinasi Covid-19 berkenaan juga penting bagi membolehkan dia kembali berlatih dan menyertai kejohanan sebagai atlet memanah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT), Tengku Arman Harris Tengku Ismail mengakui masih ada segelintir OKU ragu-ragu tentang vaksin Covid-19. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929