fbpx

Netizen terus imbau kenangan 1 Julai 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbezaan kes harian yang dicatatkan pada 1 Julai 2020 dan 1 Julai 2021.

PETALING JAYA- Kejayaan Malaysia mencatatkan angka satu kes jangkitan Covid-19 pada 1 Julai tahun lalu terus diimbau netizen selepas kes harian dicatatkan untuk dua hari pertama Julai 2021 menghampiri 13,970 kes.

Jika diimbas kembali, pada 1 Julai tahun lalu, angka Covid-19 dicatatkan adalah sebanyak satu kes manakala pada 2 Julai 2020 pula sebanyak tiga kes.

Situasi berkenaan menyebabkan ramai netizen mula meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh gagal mencapai matlamat selepas satu bulan rakyat terkurung.

Bagi seorang pengguna media sosial, Zheik Mirul berkata, Malaysia pernah mencatatkan satu kes sahaja tahun lalu namun angkanya meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Ya betul, pernah catat satu kes sahaja tahun lalu tetapi mula meningkat sejak 27 September lalu selepas PRN Sabah habis.

“Habis itu tiada siapa mahu bertanggungjawab, asyik buat lockdown sahaja, bagus,” tulisnya.

Berkongsi rasa sama, Nan Bob berkata, lockdown yang dikuatkuasakan sebelum ini ketat apabila banyak kilang ditutup.

“Setahun lalu, bila lockdown kilang pun tutup, tahun ini bila lockdown kilang tutup di depan tetapi buka di belakang,” ceritanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI