fbpx

Mahasiswa belajar online, yuran tetap sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan salah seorang mahasiswa yang tular di Twitter sejak semalam.

PETALING JAYA- Rata-rata mahasiswa di universiti awam merungut berikutan yuran pengajian yang perlu dibayar masih tinggi meskipun pengajian mereka dijalankan secara online sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rungutan terbabit dibuat mereka menerusi maklum balas kepada ciapan seorang pengguna Twitter @0niiigiiiriii yang berkongsi gambar dirinya sambil memegang kertas bertulis ‘belajar online, yuran semester tak kurang’.

Ciapan gadis itu tular di Twitter sejak semalam apabila mendapat sebanyak 34,000 ciapan balas selain 33,600 tanda kesukaan.

Bagi seorang pengguna Twitter, @adib_asyraff berkata, mereka banyak kehabisan duit kerana perlu melanggan data dan perkhidmatan internet setiap bulan.

“Kita habis duit dekat data, bayar Wi-Fi setiap bulan, tambah kualiti dan peranti tetapi kena bayar (yuran) kepada kampus.

“Bagaimanapun, kami perlu berdikari, semua kemudahan kami sediakan di rumah sendiri,” tulisnya.

Berkongsi rasa sama, @rabiiyy turut meminta persatuan pemimpin pelajar untuk mewakili suara mahasiswa bagi membawakan isu tersebut ke peringkat atasan.

“Kumpulkan bukti dan hantar satu surat kepada pihak kerajaan, manalah tahu, mereka ini terlepas pandang walaupun pelajar ada di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Bagi @shfqhzainol, dia turut berkongsi berkenaan yuran asrama yang turut tidak dipotong walaupun rata-rata pelajar berada di rumah ketika PKP.

“Yuran asrama tu pun tidak potong, siapa yang guna air dalam itu,” tulisnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214, Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI