fbpx

Lepas sisa ke longkang, kilang penebat ditahan operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAS Pulau Pinang mengehentikan sementara operasi sebuah kilang penebat di Perai.

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang penebat di Perai di sini diarah menghentikan sementara operasi selepas dipercayai menjadi penyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Kilang itu yang memperoleh kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan didakwa mengalirkan cecair berwarna ke dalam longkang awam.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, kilang itu dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas peralatan pemprosesan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurutnya, empat kompaun bernilai RM8,000 turut dikeluarkan kepada pemilik kilang tersebut di bawah Peraturan 5, 6, 7 dan 17 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

“Notis Arahan Seksyen 31 dan 37 di bawah peraturan yang sama dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 juga dikeluarkan untuk premis itu menyelenggara dan menambah baik sistem rawatan efluen dan alat kawalan udara.

“Kilang itu hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas langkah pembaikan yang memuaskan diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau menasihati pihak industri yang telah mendapat kebenaran beroperasi mengamalkan pengeluaran bersih dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam pemeliharaan alam sekitar. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI