fbpx

KWP terima syor buka pusat kesihatan mental bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PUTRAJAYA – Pusat kesihatan mental bergerak dan penggunaan media sosial sebagai platform kesedaran kesihatan adalah antara cadangan diterima Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bagi membendung isu kesihatan mental di Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan lain diterima adalah menganjurkan webinar bagi menyediakan akses kepada bantuan psikologi di peringkat awal gejala kesihatan mental.

Beliau berkata, KWP akan mempertimbangkan setiap cadangan yang dikemukakan dan akan berusaha melaksanakannya secepat mungkin.

“Cadangan itu diterima pada sesi perjumpaan maya antara Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) peringkat Zon dan Sub-Zon dalam Wilayah Persekutuan, Rabu lalu.

“Perjumpaan sama turut dihadiri badan bukan kerajaan (NGO) dan sekumpulan 39 pakar yang berpengalaman terdiri daripada kaunselor, pakar kesihatan dan pensyarah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pengerusi-pengerusi MPP juga bersedia membantu penyampaian bantuan bakul makanan, penyelarasan senarai penerima bantuan, pengendalian dapur-dapur satelit dan bantuan kepada golongan yang terlantar di rumah bagi mendapatkan vaksin. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI