fbpx

KKM tambah baik proses pemantauan CAC 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menambah baik proses pemantauan oleh Pusat Penilaian Covid -19 (CAC) di seluruh negara bagi membolehkan penilaian awal menyeluruh dapat dilakukan segera terhadap kes-kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes itu seterusnya akan ditentukan sama ada boleh menjalani pengasingan dan pemantauan kendiri di rumah, perlu dimasukkan ke Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PRKC) atau dirujuk ke hospital.

“Melalui pengukuhan CAC ini, pemantauan kes dapat dijalankan dengan lebih baik dan rujukan segera dapat dilakukan sekiranya perlu,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Noor Hisham berkata, pendigitalan pengurusan pandemik Covid-19 juga dilaksanakan dengan memulakan inisiatif peranti pintar di beberapa buah CAC termasuk pulse oxymeter bagi memantau keadaan semasa pesakit Covid-19 ketika berada di rumah.

“Inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan pengurusan pesakit Covid-19.

“Melalui inisiatif ini, tahap kesihatan kes positif khususnya yang sedang menjalani pengasingan di rumah dapat diselia dengan lebih baik seterusnya dapat mengesan sebarang kemerosotan gejala dengan lebih cepat,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI