PENYANYI Kim Yoon-ji memaklumkan dia kini sedang melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada September depan.
Yoon-ji menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira tersebut dengan mengatakan dia sudah bertemu dengan seseorang dan mahu menghabiskan seluruh hayatnya bersama lelaki itu.
“Saya mahu kongsi kehidupan ini dengan orang tersayang dan sentiasa menyokong saya.
“Semasa saya menulis perkara ini, saya berasa sangat gementar.
“Saya sudah bertemu dengan seseorang yang saya ingin habiskan seluruh hidup dengannya. Saya merancang untuk luangkan masa bersama dengannya sebagai isterinya.
“Saya bakal berkahwin pada September depan. Terima kasih kerana sokong dan menyayangi saya,” tulisnya.
Kim berkata, dia mengenali calon suaminya sejak zaman kanak-kanak namun baru menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik foto memperlihatkan dirinya sedang memegang tangan tunangnya yang memakai pelitup muka ketika mereka bersantai di tepi pantai.